Servis Mesin Kangen di Malaysia

Mesin air terelektrolisis (Kangen) memerlukan penjagaan berbeza daripada penapis air biasa. Selain kartrij penapis, plat elektrod di dalam mesin mengumpul kerak kalsium yang menjejaskan kecekapan elektrolisis dan kestabilan pH. Top Gun Kangen Center menyediakan servis penyelenggaraan lengkap untuk pengguna di Lembah Klang.

Tempah servis mesin Kangen

Isi borang permohonan servis — juruteknik berdaftar kami akan hubungi anda untuk sahkan tarikh dan sebut harga.

Skop servis

Pembersihan sel elektrod

Buang kerak kalsium pada plat supaya elektrolisis dan bacaan pH kembali stabil.

Penggantian kartrij penapis

Kartrij ditukar ikut bacaan liter pada mesin, bukan agak-agak.

Semakan aliran & kebocoran

Periksa hos, penyambung, injap pengalih dan tekanan air masuk.

Ujian kualiti air

Ujian selepas servis untuk sahkan mesin berfungsi seperti sepatutnya.

Taklimat pengguna

Panduan penjagaan harian supaya mesin bertahan lebih lama.

Rekod servis digital

Setiap servis direkod dan order sheet PDF boleh dimuat turun.

Tanda mesin Kangen anda perlu diservis

  • Mesin memaparkan amaran pembersihan atau amaran kartrij
  • Bacaan pH tidak konsisten berbanding sebelum ini
  • Aliran air perlahan atau tidak sekata
  • Bunyi luar biasa semasa mesin beroperasi
  • Sudah melebihi 6 bulan sejak servis terakhir

Soalan lazim

Berapa kerap mesin Kangen perlu diservis?

Kebanyakan pengguna rumah memerlukan pembersihan elektrod dan semakan menyeluruh setiap 6 bulan, manakala kartrij penapis ditukar mengikut bacaan liter pada paparan mesin.

Adakah anda servis di luar Selangor?

Ya. Kami mempunyai juruteknik di seluruh Semenanjung Malaysia — dari Perlis hingga Johor. Pilih negeri dan daerah anda dalam borang permohonan servis dan permintaan akan dipadankan dengan juruteknik kawasan anda.

Adakah anda servis jenama selain Kangen?

Ya. Kami menyervis semua jenama penapis air di pasaran — Coway, Cuckoo, Diamond, Bion, Elken, sistem RO, penapis luar rumah dan bawah sinki. Kami juga pakar menyambung hayat mesin yang sudah tamat kontrak sewaan 5 tahun pada harga berpatutan.

Bagaimana saya tahu kos sebelum servis?

Juruteknik akan sahkan skop kerja dan sebut harga dengan anda sebelum sebarang kerja penggantian bermula.

Adakah servis ini menjejaskan waranti mesin?

Kerja penyelenggaraan rutin seperti pembersihan dan penggantian kartrij direkodkan dalam sistem kami. Jika mesin anda masih dalam tempoh waranti pengeluar, maklumkan awal supaya kami boleh nasihatkan langkah terbaik.

Kawasan servis

Baca panduan penyelenggaraan penapis air & jadual tukar penapis