Semenanjung Malaysia
Servis Penapis Air Selangor — Semua Jenama, Semua Daerah
Pusat operasi kami berada di Seksyen 7, Shah Alam, jadi liputan Selangor adalah yang paling padat. Juruteknik kami menyervis semua jenama penapis air — Coway, Cuckoo, Diamond, Bion, Elken, sistem RO, penapis luar rumah dan mesin Kangen/Enagic — termasuk mesin sewaan yang sudah tamat kontrak 5 tahun.
Liputan seluruh Semenanjung Malaysia — juruteknik kami ada di setiap negeri.
Tempah servis di Selangor
Isi borang permohonan servis — juruteknik berdaftar kami akan hubungi anda untuk sahkan tarikh dan sebut harga.
Servis yang kami sediakan
Penggantian Penapis
Sedimen, karbon, membran RO dan kartrij semua jenama mesin.
Mesin Tamat Kontrak
Servis mesin sewaan yang tamat kontrak 5 tahun pada harga berpatutan.
Servis Berkala
Pemeriksaan aliran air, kebocoran, sambungan elektrik dan pembersihan mesin.
Pemasangan Baharu
Pemasangan penapis bawah sinki, kaunter, pancuran mandi dan penapis luar rumah.
Penyelesaian Masalah
Aliran perlahan, rasa air berubah, bunyi bising atau paip bocor.
Pemindahan Mesin
Tanggal, pindah dan pasang semula mesin bila anda berpindah rumah.
Semakan Waranti
Semak status waranti mesin dan rekod servis dalam sistem kami.
Daerah utama diliputi di Selangor
- Shah Alam & Setia Alam
- Klang & Port Klang
- Petaling Jaya & Damansara
- Subang Jaya, USJ & Puchong
- Kajang, Bangi & Semenyih
- Rawang, Selayang & Gombak
- Sepang, Dengkil & Cyberjaya
- Kuala Selangor & Sabak Bernam
Daerah anda tiada dalam senarai? Kami tetap melayani seluruh negeri — hantar borang dan kami akan sahkan liputan juruteknik.
Soalan lazim
Adakah anda servis semua jenama penapis air di Selangor?
Ya. Kami menyervis semua jenama penapis air di pasaran — Coway, Cuckoo, Diamond, Bion, Elken, sistem RO, penapis luar rumah dan bawah sinki, serta mesin Kangen/Enagic.
Mesin saya sudah tamat kontrak 5 tahun. Boleh servis?
Boleh, dan inilah khidmat utama kami. Selepas kontrak sewaan 5 tahun tamat, mesin anda masih boleh digunakan bertahun-tahun lagi dengan penggantian penapis dan servis berkala pada harga yang jauh lebih berpatutan daripada kontrak baharu.
Berapa lama juruteknik sampai di Selangor?
Permintaan anda akan dipadankan dengan juruteknik yang paling hampir dengan daerah anda. Kebanyakan lawatan dijadualkan dalam masa 1-3 hari bekerja bergantung pada slot juruteknik kawasan.
Berapa kos servis?
Kos bergantung pada jenis mesin dan penapis yang perlu diganti. Juruteknik akan sahkan sebut harga sebelum kerja bermula — tiada caj tersembunyi.
Sedia untuk servis di Selangor?
Negeri anda akan dipilih automatik dalam borang — anda cuma perlu pilih daerah.
Buat Service Request di Selangor